SEJAK dua minggu lalu, tepuk amai-amai challenge mula menjadi ikutan di media sosial.
Ia bermula apabila ahli kumpulan DeFam iaitu Cik Manggis memuat naik video bermain tepuk amai-amai menggunakan lagu Hutang nyanyian Floor 88.
Rata-rata teruja melihat ketangkasan mereka dan cabaran itu turut disahut oleh kumpulan Floor 88.
Kali ini, T.H menyahut cabaran #tepukamaiamaichallenge menerusi segmen What The!.
Jom saksikan kekecohan kumpulan Floor 88 mengajar T.H.