ISU perkauman yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak tidaklah seburuk yang disangka.
Hakikatnya, rakyat Malaysia berbilang kaum hidup dalam suasana aman damai dan menghormati antara satu sama lain.
Dalam e-sport misalnya, semua pemain bekerjasama tanpa mengira warna kulit atau agama demi menyelesaikan tugasan.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019, Bora bermain Super Mecha Champions bersama ahli pasukan Cerberus G yang dikenali sebagai FlySnow daripada masyarakat Tionghoa.
Jom kita saksikan permainan mereka sambil berborak mengenai hubungan antara kaum di Malaysia.
Selamat Hari Kemerdekaan ke-62, Malaysia!