suria

Puting Beliung Di Mississippi: 10 Terbunuh, Ramai Cedera

YAZOO CITY, Mississippi: Puting beliung yang melanda bahagian Tenggara di sini mengorbankan 10 orang selain mencederakan puluhan orang.

Bumbung diterbangkan, kedai dan rumah mengalami kerosakan, kenderaan diterbalikkan dan jalan dihalang oleh yang pokok tumbang.

Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi, Greg Flynn berkata, lima terkorban termasuk dua kanak-kanak di Choctaw County pada Sabtu.

Empat mangsa korban ditemui di Yazoo Country sementara seorang di Holmes County.

Gabenor Haley Berbour memberitahu The Associated Press bahawa beberapa bahagian Yazoo Country bertukar menjadi 'padang jarak, padang tekukur'.

Yazoo Country ialah kawasan yang terkenal dengan kapas, ikan duri, muzik blues dan mempunyai pemandangan bukit-bukau yang cantik.

Lebih 15 wilayah lain turut mengalami kerosakan.

Puting beliung turut dilaporkan berlaku di Louisiana, Arkansas dan Alabama. Fenomena cuaca ekstrem itu menghala ke arah timur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain