PENYANYI Datin Alyah meluahkan rasa kagum terhadap bakat muda Haqiem Rusli dalam membina kerjayanya dalam bidang seni.
Menurut Alyah, peluang mengenali Haqiem dengan lebih dekat mengubah persepsinya sebelum ini.
Bagi Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 21, dia berterima kasih kepada Alyah kerana sempat berkongsi kata-kata nasihat ketika mereka sama-sama mengadakan persembahan menerusi Konsert Kitak Nang Steady Orkestra RTM baru-baru ini.
"Datin Alyah berkata dia juga pernah lalui pengalaman duka sebelum ini, sebab itu dia memahami saya.
"Saya terharu dengan nasihat yang diberikan penyanyi senior untuk generasi baru seperti saya," katanya.