PELAKON Datin Seri Zizie Izzette dan suaminya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan dana Felcra bernilai RM2.8 juta pada Jun 2015.
Bung Moktar dengan tenang melemparkan senyuman kepada pihak media disamping isterinya, Zizie Izzette.
Zizie yang hadir berpakaian serba hitam kelihatan tenang di sisi Bung yang ceria menyapa kumpulan wartawan dan jurugambar yang membuat liputan kes mereka.
Bukan itu sahaja, Bung juga sembat berseloroh dengan meminta Zizie memberi komen kepada wartawan.